Aktiviti Acreda 2012

 

BIL

AKTIVITI

TARIKH PELAKSANAAN

IMPAK

 1

Projek Perundingan : Bengkel Kemahiran Dalam Perkhidmatan Menolong Tahap 1

Pemohon Perkhidmatan Perundingan : Yayasan Salam

Tempat :  Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

 

 6 - 8 Januari 2012

Projek Perundingan berbentuk bengkel 3 hari ini telah diisi dengan konsep perkhidmatan menolong dan kemahiran asas kaunseling penagihan serta sesi perbincangan dan perkongsian tentang cabaran dan kejayaan dalam bidang rawatan dan pemulihan.

Peserta seramai 30 orang terdiri daripada :

a)    Individu bebas pergantungan penagihan dan terlibat secara langsung dengan perkhidmatan menolong bagi mereka yang mengalami masalah penagihan.

b)   Petugas Yayasan Salam (CCSC Chow Kit, Rumah Sinar Salam)

Hasil perundingan : RM17,000.00 

 2

Lawatan Rasmi Tuanku Aishah Rohani, Tuanku Canselor USIM Melawat USIM

 

 25 Januari 2012

ACREDA mengadakan pameran sempena lawatan tersebut dengan mempamerkan kit-kit penyalahgunaan dadah dan juga tayangan video berkaitan penggunaan dan penyalahgunaan dadah. 

 3

Lawatan Akademik dan Teknikal Pelajar Program SPADA dan Program Pengantarabangsaan ke Indonesia

 1 - 6 Februari 2012

Pihak ACREDA dan SPADA mengadakan lawatan dan program pengantarabangsaan ke Indonesia bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama dua hala diantara dua negara tersebut dan mempelajaran pendekatan kerohanian, konsep Tasawuf yang diamalkan oleh Pusat Rawatan dan Pemulihan INABAH Suryalaya, Tasik Malaya, Indonesia.

 4

Bengkel Pengesahan Kandungan Modul Terapi Psikopendidikan Pemulihan Dadah

 13 - 15 Februari 2012

ACREDA dapat menghasilkan produk perundingan dan latihan yang baru berhubungn dengan proses rawatan dan pemulihan menggunakan pendekatan Terapi psikopendidikan.

Teknik terapi psikopendidikan diyakini dapat membantu proses perubahan dan kepulihan  dalam kalangan penagih.

 5

Ahli Panel bagi Bengkel Semakan / Pengiktirafan Modul Pemulihan

Tempat :Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah

 19 - 23 Februari 2012

Jabatan Penjara Malaysia telah melantik Pengarah ACREDA menjadi salah seorang ahli panel bagi bengkel tersebut yang berkaitan modul rawatan dan pemulihan.

 6

Bengkel Penyemakan Semula Pengiraan Semula Statistik Residivis Jabatan Penjara Malaysia

Tempat :Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi, Kedah 

 5 – 7 Mac 2012

ACREDA telah dilantik sebagai panel bagi membuat penyemakan semula pengiraan statistik residivis yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia.

 7

Bengkel Aplikasi Modul COMBAT-DAPS Untuk Pemimpin Komuniti

 

 8 Mac 2012

Bengkel ini dilaksanakan dengan membuat ujian semula (retest) ke atas Modul COMBAT-DAPS sedia ada dalam kalangan pemimpin-pemimpin komuniti. Seramai 120 orang pemimpin PEMADAM WPKL telah terlibat sebagai responden.

Hasil bengkel, berjaya memurnikan modul COMBAT-DAPS untuk dipasarkan.

 8

Program Pencegahan Komuniti Kampus Bebas Dadah Peringkat IPT 2012

 

 15 Mac 2012

Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan sebagai negara bebas dadah menjelang tahun 2015, di samping membantu USIM memenuhi strategi keselamatan kampus dalam PIN, USIM.

 9

Lantikan sebagai Ahli Panel Forum Kursus TOT Pencegahan Gejala Dadah & HIV/AIDS di IPT siri 2/2012 

 21 Mac 2012

Pengarah ACREDA telah dilantik sebagai ahli panel bagi Forum tersebut yang diadakan di MayTower Hotel, Kuala Lumpur.

 10

Pameran sempena Karnival Kaunseling, Pendidikan Dan Kerjaya Kebangsaan

 

 4 – 6 April 2012

Pihak ACREDA dan SPADA telah mengadakan pameran sempena Karnival tersebut yang dianjurkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang diadakan di UPM, Serdang.

ACREDA telah menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada lebih 1500 hadirin Karnival tersebut.

 11

Pameran sempena Konvensyen Psikologi Kementerian Pengajian Tinggi 2012

 

 10 April 2012

Pihak ACREDA telah mengadakan pameran sempena Konvensyen Psikologi KPT yang diadakan di Putrajaya.

ACREDA telah menyebarkan maklumat tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada lebih 400 hadirin Konvensyen tersebut.

 12

Projek Perundingan : Kajian Keberkesanan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia dan PETRONAS

 1 April 2012

ACREDA telah diberi kepercayaan untuk menjalankan projek penyelidikan bernilai RM92,000.00 yang dibiayai sepenuhnya oleh PETRONAS.

 13

Seminar Kebangsaan Pencegahan Penyalahgunaan Dadah 2012 (PREVENT 2012)

Anjuran ACREDA dengan kerjasama SPADA USIM-UMS, KPT, KPM dan PERKAMA

Tempat : DKP3, USIM

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena PREVENT ini adalah :

1)      Pameran dan Jualan

2)      Konsert “1 Malaysia Against Drugs”

3)      Training of The Trainers – Personaliti dan Kepimpinan untuk PRS sekolah

4)      Forum : Amalan Terbaik Dalam Perlaksanaan Program Pencegahan Penyalahgunaan Dadah

 2 – 3 Mei 2012

Seminar ini telah menjadi satu platform kepada perbincangan dan perkongsian ilmu dalam isu penyalahgunaan dadah untuk membincangkan amalan terbaik yang boleh diaplikasikan sesuai dengan perubahan dan peredaran zaman generasi baru

PREVENT  telah dihadiri oleh guru-guru kaunselor pelajar, wakil-wakil NGO, pemimpin-pemimpin pelajar daripada IPTA dan IPTS, serta pembimbing-pembimbing rakan sebaya di sekolah-sekolah.

 

 

 14

Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Dalam Penyalahgunaan sempena PREVENT 2012 (PREVENT INOVA 2012)

 3 Mei 2012

Pertandingan ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar IPTA/IPTS menyertai dan menyumbangkan idea serta kreativiti bagi menghasilkan satu medium penyampaian maklumat yang mampu memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat

7 produk inovasi sempena pertandingan ini telah dihasilkan.

Hadiah Produk Inovasi Terbaik telah dimenangi oleh kumpulan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

 15

Bengkel Retreat dan Teambuilding Staf COE

Tempat : Suria Cherating Resort, Pahang.

 12 – 14 Mei 2012

Pemahaman dan penghayatan kepada penubuhan dan fungsi setiap Pusat Kecemerlangan serta peranan semua individu di dalamnya oleh setiap stafnya dapat ditingkatkan dalam usaha mencapai taraf HICOE menjelang tahun 2015, di bawah KRA3 USIM.

Ia juga dapat meningkatkan motivasi kakitangan seterusnya menambah mutu sistem penyampaian (delivery system) kepada pihak-pihak yang berurusan dengan Pusat-pusat Kecemerlangan (CoE).

Pengarah ACREDA telah menyampaikan ceramah bertajuk “Integriti dan Akauntabiliti Staf COE” semasa bengkel tersebut. Beliau juga, bersama-sama 2 orang pelajar SPADA, turut mengendalikan slot “Managing Stress with Our 5 Senses” serta aktiviti kerja berpasukan.

 16

Pertandingan Penyelidikan iTEX 2012

Tajuk : Intact-M (R)

Penyelidik :

Profesor  Madya Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin (Ketua)

Zainol Abidin Ahmad

Zaliridzal Zakaria

Pn. Rezki Perdani Sawai

 17 – 19 Mei 2012

ACREDA telah menyertai pertandingan ini dan berjaya merangkul PINGAT EMAS untuk projek Intact –M (R).

 17

Jemputan ke Majlis Menandatangani Perjanjian Program Kenali Anak Kita PETRONAS “Antara Persatuan PENGASIH Malaysia dan  PETRONAS

 12 Jun 2012

Pengarah ACREDA telah dijemput oleh pihak Persatuan PENGASIH Malaysia ke majlis tersebut.

 18

Membentang Kertas Kerja bertajuk “ Kepentingan Kaunseling Krisis & Trauma “ bagi Konvensyen Kebangsaan Intervensi Kaunseling Krisis dan Trauma 2012

 2-3 Julai 2012

Pengarah ACREDA telah menjadi pembentang pertama dalam konvensyen tersebut yang diadakan selama 2 hari itu dengan tajuk yang telah diberikan Kepentingan Kauseling Krisis & Trauma.

 19

Bengkel Pengajian Strategik USIM (Pelaporan Setengah Tahun)

 

 13-15 Julai 2012

Pengarah ACREDA mewakili ACREDA dalam membentangkan hala tuju ACREDA di USIM.

 20

Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran

 18 Julai 2012

Pihak ACREDA dan Pusat Kecemerlangan Dan Inovasi telah menjayakan satu seminar khas untuk kakitangan Pusat-pusat Kecemerlangan bagi memberikan pendedahan berkenaan keselamatan kebakaran yang telah disampaikan oleh pihak Fire Prevention Sdn. Bhd. 

 21

Bengkel Kajian Kes dan Majlis berbuka puasa ACREDA/SPADA

 13 Ogos 2012

ACREDA/SPADA telah mengadakan satu bengkel bagi menilai tahap kualiti para pelajar SPADA dalam menjalan kajian kes semasa latihan praktikal mereka.  Panel penilai terdiri daripada 5 orang staf akademik USIM manakala 5 orang lagi adalah panel penilai dijemput khas dari luar USIM. Hasil kajian kes yang dibentangkan oleh para pelajar SPADA ini seramai 26 orang akan dibukukan kelak. Rentetan dari bengkel ini, pihak ACREDA/SPADA juga mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi meraikan kakitangan serta para pelajar disamping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

 22

Program Kerjasama antara ACREDA dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) – Pembentangan Praktikum SESI 2011/2012

28-29 Ogos 2012

Seramai 29 orang pelajar beserta 2 orang pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Pembentangan Praktikum Sesi 2011/2012 di Bilik Mesyuarat ACREDA USIM.

 23

Bengkel Pentadbiran Pengutipan Data Bagi Khidmat Perundingan Kajian Tahap Keberkesanan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sahabat PPDa- Petronas di Sekolah

 4-6 September 2012

Seramai 27 orang peserta terdiri daripada 7 dari USIM, 2 dari Kementerian Pelajaran Malaysia serta selebihnya guru-guru dari seluruh Malaysia yang telah dilantik sebagai PPDa menyertai bengkel ini diketuai oleh Pengarah ACREDA sendiri di Empress Hotel  Bandar Baru Salak Tinggi selama 3 hari 2 malam. Tujuan bengkel ini diadakan ialah bagi penyelarasan serta bertukar-tukar fikiran diantara peserta berkaitan kajian yang telah dijalankan.

  24

Taklimat Pelajar Baru Pelajar Program SPADA 2012 dengan usahasama ACREDA .

 6 September 2012

Seramai 40 orang pelajar baru Program SPADA melapor diri di USIM pada 6 September 2012 terdiri daripada pelbagai latarbelakang jawatan didalam kerajaan. Ybhg. Prof. Madya Dr. Abd Halim Mohd Hussin membentangkan secara umum berkenaan perjalanan program ini kepada para pelajar.

 25

Majlis Hari Raya Aidilfitri USIM 2012

 7 September 2012

ACREDA dengan kerjasama Pusat-pusat Kecemerlangan yang lain, pihak Bahagian Penerbitan serta Pusat Tamhidi telah bekerjasama dalam menyediakan hidangan Cendol serta ABC bagi jamuan raya USIM 2012.

 26

Majlis Meraikan Pelajar Baru SPADA Sesi 2012/2013 dan Majlis Hari Raya Aidilfitri ACREDA/SPADA 2012.

 

 10 September 2012

Susulan daripada kedatangan pelajar baru SPADA, ACREDA dengan kerjasama SPADA telah mengadakan satu majlis khas bagi memperkenalkan pelajar-pelajar baru ini disamping menjayakan jamuan hari raya 2012. Antara tetamu kehormat yang telah menghadirkan diri adalah Timbalan Naib Canselor USIM, Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Dekan FKP, Pengarah ACREDA, mantan Pengarah ACREDA, Pendaftar, Timbalan Pendaftar Kanan dan lain-lain.

 27

Lawatan daripada Guru-guru Program Pendidikan Pencegahan Dadah seluruh daerah Klang ke ACREDA/SPADA.

 

 12 September 2012

Satu lawatan daripada guru-guru PPDA daerah Klang telah diadakan ke ACREDA/SPADA bagi melihat dengan lebih dekat lagi struktur pentadbiran dan juga makmal-makmal yang terdapat di sini. Disamping itu jua, pihak SPADA dibantu oleh pelajar-pelajar senior SPADA telah mempromosikan/menerangkan kepada guru-guru ini berkenaan program SPADA yang ditawarkan.

 28

Pameran di Majlis ‘Jom Hidup Sihat Tanpa Dadah’ .

 3 Oktober 2012

Pihak ACREDA telah memenuhi permintaan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang bagi mengadakan satu pameran sempena Majlis ‘Jom Hidup Sihat Tanpa Dadah’. Majlis ini juga disertai oleh pihak AADK dan juga Jabatan Kesihatan Daerah Sepang. Didalam pameran ini, pihak ACREDA dengan dibantu oleh pelajar SPADA menerangkan berkenaan program SPADA kepada guru-guru yang menyertai majlis ini. 

 29

Pameran sempena Arab Malaysian Global Higher Education Summit 2012 (AMGHES 2012)

 

 4-5 Oktober 2012

Pihak ACREDA telah menyertai pameran (AMGHES 2012) bertempat di Hotel Marriot Putrajaya bagi mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh ACREDA. Disamping itu jua, pihak ACREDA juga mempromosikan program SPADA.

 30

Pameran sempena Sambutan 20 Tahun Psikologi Perkhidmatan Awam

 10-11 Oktober 2012

Pihak ACREDA telah memenuhi jemputan daripada Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi mengadakan pameran bertempat di Auditorium JPA, Kompleks C Putrajaya. Promosi berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh ACREDA dan juga Program SPADA telah diberikan kepada peserta di pameran ini. 

 31

Program Seminar Kerjaya bersama PENGASIH

 6 Disember 2012

Pihak ACREDA dan SPADA telah menjayakan Program Seminar Kerjaya yang telah diadakan di Rumah PENGASIH Kuala Lumpur. Pelajar SPADA telah membuat sesi kaunseling bersama penghuni Rumah PENGASIH bagi mendapatkan maklumat berkenaan keadaan mereka.

 32

Program ACREDA dan SPADA Outreach bersama Cure & Care Service Centre, Chow Kit SPADA sesi 2011/2012

 

 12 Disember 2012

Pihak ACREDA dan SPADA secara kerjasama telah mengadakan satu lawatan ke Chow Kit dengan diiringi oleh pihak Cure & Care Service Center bagi melihat, mendapat maklumat keadaan sebenar penagihan dadah. Dikesempatan itu juga, pihak ACREDA dan SPADA telah memberi makanan dan cenderamata kepada penagih sebagai salah satu cara untuk mendekati mereka dan juga sebagai tanggungjawab  sosial pihak ACREDA/SPADA. 

 33

Lawatan daripada Universitas Islam Indonesia

 

 21 Disember 2012

Pihak ACREDA telah menerima lawatan daripada Universitas Islam Indonesia terdiri daripada 2 orang Pensyarah iaitu Prof. Dr. Hardjono Sastrohamidjojo dan Dr. Riyanto kedua-duanya Pensyarah dalam bidang  Kimia Fakulti Matematika dan Pengajian Alam.  Tujuan lawatan pihak Universitas Islam Indonesia ke ACREDA adalah bagi melihat dengan lebih dekat lagi segala kemudahan yang terdapat di ACREDA dimana pihak mereka berhasrat ingin mewujudkan satu pusat berkaitan dadah di Universiti mereka.

 

 

PEJABAT PENTADBIRAN ACREDA

ARAS 3, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421  |  FAX: 06-798 8699  |  EMAIL:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.