Strict Standards: Non-static method JSite::getMenu() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/acreda/public_html/templates/yoo_balance/layouts/com_content/article/default.php on line 13

Strict Standards: Non-static method JApplication::getMenu() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/acreda/public_html/includes/application.php on line 539

Aktiviti Acreda 2013

        
  

BIL.

  
  

AKTIVITI

  
  

TARIKH PELAKSANAAN

  
  

CATATAN/ULASAN

  

 

1.

 

 

International Counter Narcotics Conference (ICNC 2013) “Save the Young   Generation from Drugs”

 

 

22 Januari 2013

 

Pengarah ACREDA telah menerima undangan dari   Universitas Islam Indonesia sebagai Pembentang Utama dalam seminar ini   bertempat di Auditorium Abdul Kahar Muzakkir, Universitas Islam Indonesia   (UII), Yogyakarta.

 

 

2.

 

 

Lawatan Akademik dan Kerja ACREDA/SPADA ke Pusat-Pusat Pemulihan   Dadah           di Amsterdam, Belanda

 

 

7-12 Mac 2013

 

-Lawatan   ini telah disertai oleh sebelas orang pelajar SPADA Sesi 2011/2013 berserta Pengarah   ACREDA.

-Perbincangan   mengenai potensi penyelidikan bersama turut           di adakan.

 

 

3.

 

Bengkel Kajian Kes Pelajar ACREDA/SPADA 2011/2013

 

 

18 Mac 2013

 

Bertempat di ACREDA telah diadakan bengkel terakhir   bagi pelajar SPADA yang telahmenamatkan pengajian pada penghujung bulan Mac   2013. Bengkel ini diadakan bagi menilai kajian kes berkaitan dadah yang telah   dijayakan oleh setiap pelajar SPADA

 

 

4.

 

Program Lawatan ke Penjara Penor dan Drug Intervention Community (DIC)   Pahang dan Roadshow Program   Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah Daerah Kemaman Terengganu ACREDA/SPADA   Sesi 2012/2014

 

 

6-8 April 2013

 

Pengarah ACREDA selaku Penyelaras SPADA telah mengikuti   lawatan ini.

 

5.

 

 

Bengkel Pencegahan dan Pemulihan Dadah ke Pusat-Pusat   Pemulihan Kawasan Utara ACREDA/SPADA Sesi 2012/2014

 

 

13-16 April 2013

 

Pelajar SPADA dan Pengarah ACREDA telah mengadakan satu   bengkel di Pusat Rawatan Islam INABAH Kuala Nerang, Kedah, CCRC Bukit   Chabang, Perlis. Dua siri lawatan juga telah di adakan sepanjang bengkel   berlangsung iaitu lawatan ke Pusat Imigresen Padang Besar, Perlis dan Ladang   Ketum Padang Siding Arau, Perlis.

 

 

6.

 

 

Bengkel Pemantapan Kemahiran Terapi Penyalahgunaan   Dadah

ACREDA/SPADA/UMS

 

23-24 April 2013

 

Bengkel ini telah disertai oleh 32 orang pelajar SPADA   USIM dan 20 orang Pelajar SPADA Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam usaha   untuk mendapatkan kemahiran berkaitan teknik rawatan secara Terapi   Psiko-Spritualibagi membantu merawat penagihan dadah.  Penceramah-penceramah terdiri daripada   Pengarah ACREDA, pensyarah FKP, Doktor daripada PPUKM dan Pegawai AADK.

 

 

 

7.

 

Seminar Pencegahan Penyalahgunaan Dadah Peringkat   Kebangsaan 2013 (PREVENT 2013) : Rawatan Pemulihan Berteraskan Islam

 

21-22 Mei 2013

 

 

-PREVENT 2013 telah di adakan di Dewan Kuliah Pusat 3,   USIM dan telah berjaya menarik minat peserta dari seluruh negara. Sebanyak   tujuh buah organisasi telah menyertai pameran tersebut seperti AADK, Polis   Diraja Malaysia, Jabatan Penjara dan lain-lain.

-Sebanyak 11 kertas kerja telah dibentangkan dan 2   bengkel telah di adakan seperti berikut :-

a) Bengkel 1 : Amalan Holistik Rawatan Pemulihan Dadah

b) Bengkel 2 : Isu-Isu Silang Budaya Dalam Rawatan   Pemulihan

 

 

8.

 

Perbincangan Penyelidikan Bersama antara ACREDA dan   Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

 

 

28 Jun 2013

 

Cadangan untuk membuat penyelidikan berkaitan Modul   Pencegahan Dadah yang menggunakan perisian komputer yang berinteraktif.

 

 

9.

 

Perbincangan   bagi mengadakan MOU antara ACREDA dan PENGASIH.

 

5 Ogos 2013

 

Satu   perbincangan telah di adakan antara pihak ACREDA dan pihak PENGASIH mengenai cadangan   kerjasama bagi mengadakan MOU. Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dengan   cadangan kerjasama tersebut.

 

 

10.

 

Lawatan   ke Pusat Rawatan Darul Islah, Sabak Bernam, Selangor.

 

 

21 Ogos 2013

 

Penyelidik   Bersekutu  ACREDA dan Staf Pengurusan   ACREDA telah mengikuti lawatan ini bagi melihat dengan lebih dekat lagi   proses merawat penagih dadah menggunakan cara rawatan Islam.

 

 

11.

 

Perbincangan   bagi mengadakan MOU antara

ACREDA   dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

 

 

22 Ogos 2013

 

Satu   perbincangan bersama pihak MAIS mengenai kerjasama bagi mengadakan MOU telah   di adakan. Perbincangan susulan akan diadakan dalam masa terdekat.

 

12.

 

Lawatan ke University of Malaya Centre of   Addiction Sciences (UMCAS)

 

 

28 Ogos 2013

 

Lawatan   ini di adakan bagi melihat salah sebuah Pusat Kecemerlangan (CoE) di   Universiti Malaya yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan rawatan   penagihan dadah menggunakan cara pengambilan Methadone yang diterajui oleh UMCAS. Melalui lawatan itu, pihak   UMCAS telah bercadang untuk mengadakan satu Memorandum Perjanjian (MoA)   dengan pihak ACREDA dalam masa terdekat.

 

13.

 

Majlis   Sambutan Pelajar SPADA Sesi 2013-2015

 

 

5 September 2013

 

Seramai   30 orang Pelajar SPADA Sesi 2013-2015 telah mendaftarkan diri di USIM. Satu   majlis ringkas telah diadakan di ACREDA bagi menyambut para pelajar ini   bertujuan bagi ember penerangan berkenaan Program SPADA yang disampaikan oleh   Pengarah ACREDA dan Ketua Program Kaunseling FKP.

 

14.

 

Majlis   Mahabah ACREDA/SPADA

 

 

11 September 2013

 

Satu   majlis khas telah diadakan bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi mengeratkan   silaturrahim para pelajar SPADA Sesi 2012/2014 dan juga pelajar SPADA   2013/2015. Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor USIM, Pemangku   Bendahari, Dekan FKP, Timbalan Dekan FKP, Pengarah ACREDA, MANTAN Pengarah   ACREDA dan juga para pensyarah SPADA.

 

15.

 

 

Perbincangan   berkenaan pelaksanaan MOU diantara ACREDA (USIM) dan Jabatan Penjara Malaysia

 

 

18 September 2013

 

Pihak   ACREDA dan pihak Jabatan Penjara Malaysia  telah mengadakan satu perbincangan bagi   pelaksanaan MoU. Tempoh perjanjian yang dicadangkan adalah selama 3 tahun.

-Status   terkini : Masih menunggu kelulusan dari pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)   untuk bahagian kerahsiaan.

 

 

 

16.

 

Program   Kembara Ilmu ke Negeri Sabah

 

20 – 23 September   2013

 

 

Program   lawatan sambil belajar yang disertai oleh Pengarah ACREDA dan pelajar SPADA   bagi membuat lawatan ke beberapa agensi kerajaan dan swasta yang terbabit   dengan usaha pencegahan dadah. Selain itu, peserta lawatan juga turut   mengikuti Seminar SHARP (Smart Sahring Programme) yang dianjurkan oleh   pelajar SPADA UMS.

 

 

 

17.

 

Program   Pengantarabangsaan Serta Lawatan Akademik dan Teknikal ke Thailand

 

23 – 26 Oktober   2013

 

-Lawatan   ini telah disertai oleh pelajar SPADA Sesi 2012/2014 berserta Pengarah   ACREDA.

-   Tujuan lawatan ini di adakan adalah bagi memberi peluang dan pengalaman ke   peringkat antarabangsa selain meningkatkan pengetahuan pelajar berkenaan   kaedah dan modul pencegahan penyalahgunaan dadah yang dilakukan oleh   pusat-pusat pemulihan dadah di Thailand.

 

 

 

18.

 

I-Inova   USIM 2013

 

26-27 Oktober 2013

 

Pihak ACREDA telah dijemput untuk membuat pameran di Ekspo   Inovasi Islam Kali Ke-4 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

 

 

 

19.

 

Program   Aplikasi Modul COMBAT-DAPS (Community   Battery – For Drug Abuse Prevention Strategies, Latihan Program   Pencegahan Dadah Untuk Kaunselor Sekolah, Guru-Guru PPda Dan Pentadbir

 

28 Oktober 2013

 

Program ini di adakan untuk memberi pengetahuan,   pendidikan, dan langkah pencegahan berkenaan penyalahgunaan dadah di kalangan   Kaunselor Sekolah, Guru-guru PPDa, dan Pentadbir di sekitar Wilayah   Persekutuan Kuala Lumpur.

 

 

20.

 

Lawatan   penanda aras dari Guru-Guru Kaunseling di Hulu Terenggnu

 

31 Oktober 2013

 

Pihak ACREDA telah menerima kunjungan daripada Guru-Guru   Kaunseling di Hulu Terengganu bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang   fungsi dan perkhidmatan ACREDA berkenaan pencegahan dalam penyalahgunaan   dadah.

 

 

 

21.

 

Sambutan   Hari Penjara Malaysia

 

01 November 2013

 

 

Pihak   ACREDA telah dijemput untuk menyertai Sambutan Hari Penjara Malaysia Kali Ke-   206 yang bertempat di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.

 

 

22.

 

Lawatan   dari Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, Kuala Lumpur

 

07 November 2013

 

Satu   lawatan telah di adakan oleh Maktab Polis Diraja Malaysia ke ACREDA bagi   mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan peranan dan tanggungjawab ACREDA   dalam pendidikan dan langkah pencegahan berkenaan penyalahgunaan dadah.

 

 

23.

 

Program   Lawatan ke Pusat-Pusat Pemulihan Pantai Timur – Seeing Is Believing

 

 

07 – 09 November   2013

 

Siri lawatan ke pusat-pusat pemulihan di Pantai Timur ini telah   disertai oleh Pengarah ACREDA, Timbalan Pengarah ACREDA dan pelajar SPADA   sesi 2013/2015 bagi mendapatkan maklumat berkenaan modul/model rawatan dan   pemulihan penyalahgunaan dadah yang digunakan selain mengeratkan hubungan   antara universiti dan masyarakat  dalam   membentuk komuniti sejahtera dan bebas dadah.

 

PEJABAT PENTADBIRAN ACREDA

ARAS 3, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421  |  FAX: 06-798 8699  |  EMAIL:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.