Strict Standards: Non-static method JSite::getMenu() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/acreda/public_html/templates/yoo_balance/layouts/com_content/article/default.php on line 13

Strict Standards: Non-static method JApplication::getMenu() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/acreda/public_html/includes/application.php on line 539

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SERTA LAWATAN AKADEMIK DAN TEKNIKAL KE MELBOURNE, AUSTRALIA

 

 

Melbourne – 07 Januari 2014. Pihak Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) bersama pelajar Program Fleksi Diploma Siswazah Dalam Penyalahgunaan Dadah dan Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA sesi 2012/2013 telah mengadakan satu program pengantarabangsaan serta lawatan akademik dan teknikal ke Melbourne, Australia. Program yang telah berlangsung selama enam hari tersebut telah berjaya memberi pendedahan dan kefahaman mengenai modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah yang digunakan di pusat-pusat pemulihan di Melbourne.

            Lawatan ini merupakan satu inisiatif pihak ACREDA dalam memberi peluang kepada siswazah untuk membuat kajian dan perbandingan modaliti rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negara luar. Selain itu, lawatan ini memberi pendedahan kepada siswazah tentang isu penyalahgunaan dadah serta memahami usaha negara luar bagi membantu dalam memberi rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah. Program ini telah disertai oleh 32 orang pelajar Program Fleksi SPADA dan diiringi oleh Profesor Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani, Pengarah ACREDA.

            Para pelajar telah membuat lawatan ke beberapa pusat yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di Melbourne seperti Western Region Health Centre, Australia Drug Foundation danTurning Point Victoria. Sesi pertukaran idea dan percambahan ilmu turut berlangusung sepanjang lawatan bagi memastikan semua pelajar dapat memahami isu dan kaedah pencegahan dadah dan program harm reduction yang diaplikasikan oleh kerajaan Australia dalam menangani masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat.     

                       Program pengantarabangsaan ini amat memberi manfaat kepada para pelajar daripada segi peningkatan pengetahuan dan pengalaman yang jarang dapat dikongsi. Lawatan ini juga merupakan platform untuk memperkasakan ilmu rawatan dan pemulihan dalam penyalahgunaan dadah apabila pelajar telah mula berkhidmat dalam organisasi setelah tamat pengajian kelak. Pihak ACREDA berhasrat untuk menganjurkan lebih banyak program pengantarabangsaan pada masa akan datang bagi memberi input serta pengalaman yang bernilai kepada para pelajar di samping melebarkan sayap jaringan kerjasama dengan pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan penyalahgunaan dadah.

 

 

 

PEJABAT PENTADBIRAN ACREDA

ARAS 3, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421  |  FAX: 06-798 8699  |  EMAIL:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.