Latar Belakang

 

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.   

Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asian (Acreda) berhasrat menjadi sebuah institusi penyelidikan, perkhidmatan perundingan, penulisan, penerbitan, latihan serta pusat maklumat berkaitan dengan penyalahgunaan dadah bertaraf nasional dan serantau yang terkemuka dan berwibawa serta dikenali dan mendapat pengiktirafan bukan sahaja di tahap nasional malah di tahap serantau dan antarabangsa. Acreda juga menjadi platform dan hubungan sejagat untuk membenteras penyalahgunaan dadah di peringkat Asia dan menjadi sumber rujukan untuk melaksanakan agenda tersebut.

.

PEJABAT PENTADBIRAN ACREDA

ARAS 3, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421  |  FAX: 06-798 8699  |  EMAIL:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.