Strict Standards: Non-static method JSite::getMenu() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/acreda/public_html/templates/yoo_balance/layouts/com_content/article/default.php on line 13

Strict Standards: Non-static method JApplication::getMenu() should not be called statically, assuming $this from incompatible context in /home/acreda/public_html/includes/application.php on line 539

kata aluan pengarah

 
 
 
Assalamualaikum wbt. 
Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Integrasi Naqli dan Aqli,
 
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung Laman Web rasmi Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) USIM. Laman web ini merupakan saluran untuk memperkenalkan ACREDA kepada masyarakat umum dan sebagai saluran penyebaran maklumat berkaitan pusat dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
 
Penubuhan ACREDA merupakan bukti kesungguhan USIM dalam membanteras isu penyalahgunaan dadah di negara kita. Melalui penubuhan ACREDA juga telah menjadi titik tolak kepada pihak ACREDA bagi memantapkan lagi kesedaran semua pihak tentang ancaman dan bahaya dadah. USIM melalui ACREDA telah berjaya mengorak langkah dalam pendidikan dan pencegahan dalam penyalahgunaan dadah serta menjadikan ACREDA sebagai sebuah pusat rujukan dalam aspek-aspek berkaitan penyalahgunaan dadah melalui program akademik, aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan dan perkhidmatan.
 
Saya berasa amat bangga dan berterima kasih kepada semua pihak atas segala sokongan dan kerjasama yang berterusan kepada pihak ACREDA sebagai sebuah pusat kecemerlangan  (CoE) yang berteraskan niche Terapi Psikospiritual dalam pencegahan penyalahgunaan dadah. Pihak kami akan memanfaatkan sebaik mungkin segala usaha dan kaedah untuk membantu masyarakat di dalam dan luar negara berkaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan penyalahgunaan dadah.
 
Adalah menjadi harapan saya supaya masyarakat dapat memahami peranan ACREDA untuk menjadi pusat rujukan maklumat utama berkaitan dengan masalah penyalahgunaan dadah yang lengkap, sistematik, terkini dan boleh diperolehi dengan mudah dan cepat melalui aplikasi sistem teknologi maklumat terkini dan moden. Laman web ini juga menyediakan pelbagai maklumat berkaitan pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh ACREDA serta pegawai-pegawai yang boleh dihubungi sekiranya pihak-pihak tertentu memerlukan  maklumat berkaitan pendidikan dan pencegahan penyalahgunaan dadah serta program rawatan, pemulihan dan jagaan lanjutan.
 
Akhir kata, selamat melayari laman web ACREDA dan semoga maklumat yang diperolehi dapat membantu semua pihak dalam hal ehwal berkaitan penyalahgunaan dadah musuh nombor 1 negara.
 
Sekian, terima kasih.
 
Dr. Mohamad Isa Amat
Pengarah
Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA)
Universiti Sains Islam Malaysia
 
 
 

PEJABAT PENTADBIRAN ACREDA

ARAS 3, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421  |  FAX: 06-798 8699  |  EMAIL:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.