Sejarah Penubuhan ACREDA

Pusat Penyelidikan Dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (Asian Center for Research in Drug Abuse -ACREDA) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2010. Penubuhan ACREDA adalah atas kesedaran untuk membantu Negara dalam berhadapan dengan musuh nombor satu iaitu masalah penyalahgunaan dadah. Dalam mencapai maksud yang mulia ini, ACREDA telah berperanan sebagai pusat rujukan dalam usaha-usaha yang berstrategik untuk mengurangkan bahkan menghapuskan masalah penyalahgunaan dadah yang ada dalam masyarakat. Penubuhan ACREDA juga boleh dilihat sebagai suatu usaha untuk menjadikan USIM sebagai pusat rujukan dalam aspek-aspek berkaitan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti penyelidikan, penerbitan, latihan dan perkhidmatan. ACREDA ditubuhkan dengan berasaskan kepada landasan penubuhan PUsat Kecemerlangan di bawah Teras Ketiga Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi. ACREDA ditubuhkan melalui pengembangan dan pemerkasaan aktiviti SIG dalam penyalahgunaan dadah melalui Program Diploma Siswazah dalam Penyalahgunaan Dadah (Speciality Program for Alcohol and Drug Abuse-SPADA) yang ditawarkan di USIM semenjak tahun 2005.
Kementerian Pengajian Tinggi telah mensasarkan untuk mewujudkan 20 Pusat Kecemerlangan bertaraf antarabangsa menjelang tahun 2020. Sebagai peringkat permulaan, pada tahun 2008 Kementerian telah menjalankan proses penaksiran dan penarafan Pusat-Pusat Kecemerlangan (COE) di IPTA yang disenarai pendek untuk diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan KPT (MOHE COE) bagi Teras Penyelidikan dan Inovasi.

Program Diploma Siswazah dalam Penyalahgunaan Dadah ini merupakan program latihan intensif yang memakan masa selama 9 bulan untuk pegawai-pegawai yang terlibat dengan kerja-kerja pencegahan, rawatan dan pemulihan dalam penyalahgunaan dadah. Setelah lima tahun beroperasi, banyak perkara yang telah dipelajari dari aspek pencegahan, rawatan, pemulihan, penjagaan lanjutan serta penguatkuasaan. Sehubungan dengan itu SPADA melalui Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan serta Kumpulan Berkecenderungan ( Special Interest Group) telah mengemukakan cadangan kepada pihak USIM untuk penubuhan ACREDA.

Setelah lima tahun beroperasi, banyak perkara yang telah dipelajari dari aspek pencegahan, rawatan, pemulihan, penjagaan lanjutan serta penguatkuasaan. Sehubungan dengan itu SPADA melalui Fakulti Kepimpinan dan PEngurusan serta Kumpulan Berkecenderungan ( Special Interest Group) telah mengemukakan cadangan kepada pihak USIM untuk penubuhan ACREDA.

Sehubungan itu, Kementerian kini membuka permohonan kepada semua COE di IPTA bagi penarafan sebagai MOHE COE bagi dua (2) teras berikut iaitu:

  • Teras Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning)
    Pusat Kecemerlangan dalam kategori ini menjalankan pengajaran dan perundingan kepada masyarakat dan industri. Lebih 70% daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan menumpukan kepada perkhidmatan menyediakan pengajaran, manakala tumpuan selebihnya adalah ke arah penyediaan perkhidmatan penyelidikan/perundingan.
  • Teras   Perkhidmatan   (Service  Thrust)
    Pusat Kecemerlangan dalam kategori ini menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan perkhidmatan dan perundingan kepada masyarakat dan industri. Pada kebiasaannya, lebih daripada 70% aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah merupakan bidang perkhidmatan manakala baki 30% aktivitinya terdiri daripada kerja-kerja penyelidikan dan pengajaran.

PEJABAT PENTADBIRAN ACREDA

ARAS 3, FAKULTI KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN,
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA, BANDAR BARU NILAI, 71800 NILAI, NEGERI SEMBILAN
TEL: 06-798 8700/8708/8690/8421  |  FAX: 06-798 8699  |  EMAIL:  Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.